Tuesday, January 6, 2015

KISAH BENAR "AWAS" Bahaya Jika Tidak Asingkan Tempat Tidur Anak Anda !!!


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!

Pendidikan se-ks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lu-cah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan se-ks.

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan se-ks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzi-naan, pembuangan anak, se-ks di luar ta-bii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan se-ks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.


Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu


I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat


Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud


“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.


Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.


“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.


“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.


“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.


“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”


Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”


“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.


“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi


“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.


“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.


Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.


Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”


Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.


“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi


“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya


Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.


Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.


Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya....


Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.


Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia.


Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya...


Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan se-ks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya


Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada se-ks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan se-ks serta merasa kelazatannya....


Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat....


Wallahua’lam

sila share jika bermanfaat

AWAS WANITA !!! Taktik "Licik" Pencuri Mencuri Beg Tangan Di Surau MID VALLEY !!!



BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes kecurian yang berlaku di rumah ibadah seperti di surau dan masjid....

Tempat suci seumpama ini pun, ada yang tergamak menjadikannya port untuk melakukan perbuatan terkutuk lagi hina...

Screenshot di atas yang menceritakan pengalaman mangsa dan rakan-rakannya jadi mangsa beg tangan dicuri ketika sedang bersolat di sebuah surau di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur ini, elok dijadikan iktibar agar kita lebih waspada.

Dakwa mangsa, suspek dikatakan mengenakan jubah dan berpurdah hingga sukar untuk mengecam wajahnya....

Tambah memilukan, bukan telefon bimbit, beg dan wang tunai di dalamnya sahaja lesap malah duit dalam akaun bank juga dikeluarkan oleh pencuri tersebut yang entah bagaimana, boleh pandai pula mencari cara...

Kejahatan si pencuri tak berakhir di situ apabila dia dikesan turut menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan dengan mendakwa anak mereka telah diculik...

Kawan-kawan mangsa pula, turut menerima pesanan mesej daripada telefon bimbit milik mangsa yang dicuri, meminta supaya dipinjamkan wang sebanyak RM500...

Pencuri dianggap licik apabila tudung mangsa-mangsanya diambil dan cuma satu ditinggalkan agar mangsa tidak dapat keluar dalam masa segera sebaik menyedari kejadian kecurian untuk mencari dirinya...

Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada wanita muslimah di luar sana agar lebih peka dan hati-hati menjaga barangan peribadi meskipun ketika berada dalam rumah Allah...

Maklumlah rambut manusia sahaja sama hitamnya tapi hati lain-lain...

Kadang-kadang demi mengikut hawa nafsu sikit perasaan gentar pada Allah Taala pun dah tak ada !!!

SUMBER - MYNEWSHUB.CC

Monday, January 5, 2015

CERITA USTAZ Di Tempat Penempatan Mangsa Banjir Yang Sangat Mengejutkan Kita !!!

gambar sekadar hiasan

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak. Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan....

Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid....

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt ???

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa....

Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat... Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je…

Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa? Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya. Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah… Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin… Ustaz Yunan via - keretamayat....


SUMBER : http://debatmalaysia.com

Peristiwa Ajaib Berlaku Selepas Amalkan Sedekah Waktu Subuh !!!


sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya....

bagi saya …ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps...

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya....

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini....

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka “pick up” apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar...

seorang lagi sahabat menyatakan, “apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat” itulah kata-katanya…

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap….memanggil namanya IBU…setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata....

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya…tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA????…mudah sekali...!!!

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL….iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga….dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin...

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan…..

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita…

Jom kita sama-sama amalkan...

Kredit penulis asal: Sharifah Fazilah


SUMBER : http://suarasemasa.com

Wajah Terkini Puan Khaleeda Isteri Kepada TMJ Yang Agak Mengejutkan Kita Semua !!!! ( 4 GAMBAR )


Perkembangan terbaru pasangan Diraja yang baru berkahwin dua bulan lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda sering dinanti-nantikan orang ramai khususnya rakyat Johor....

Biodata Che Puan Khaleeda Bustamam, Isteri TMJ - Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz....

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004....

Che Puan Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010....

Berikut ialah empat keping foto terkini Che Puan Khaleeda yang semakin cantik dan menawan. Beliau sememangnya murah senyuman serta peramah....








SUMBER : http://segenapdimensi14.blogspot.com

Kurang Ajar !!! Gadis Bertudung Berkelakuan Tidak Senonoh Di Restoran KFC !!!


Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah restoran makanan segera....

Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang jauh sekali suami.... Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah wahai gadis-gadis....




KLIK UNTUK BACA : Percayakah Anda? Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri...???

SUMBER : http://mynewsprime.blogspot.com

Subhanallah , Allahuakbar...Satu Kejadian Aneh Telah Berlaku Di Masjid KG PAHI ,Kuala Krai Selepas Banjir Surut !!!



Satu kejadian yang menakjubkan telah dikongsikan di internet.... Dua keping gambar telah dikongsikan oleh Nazeri Ameen berlaku dalam masjid Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan selepas banjir surut......

Imam masjid kampung tersebut menunjukkan bagaimana permaidani di bahagian kanan masjid  langsung tidak dicemari lumpur, seolah-olah tidak ditenggelami banjir walaupun sebahagian yang lain dalam kelihatan berlumpur sekali akibat ditenggelami air...

Sekumpulan Remaja Mempersendakan SOLAT Di Kecam Di Laman Sosial !!!!


Kuala Lumpur : Trend penghinaan terhadap kesucian Islam yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini menuntut kerajaan untuk tidak lagi bersikap ‘lembik’ atau sekadar memberi amaran, sebaliknya ‘bertaring’ dalam bertindak....

Terbaru tindakan sekumpulan remaja lelaki yang merakamkan gambar ketika solat menerima kecaman pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mempersenda dan menghina Islam....

Gambar sekumpulan remaja yang sedang ‘bersolat’ itu mula diperkatakan apabila penguna media sosial memuatnaik gambar tersebut yang kemudianya menjadi ‘viral’....

Ada yang merasakan tindakan remaja tersebut hanya sekadar ingin berjenaka, namun tindakan mereka itu dilihat sebagai keterluan kerana mempersendakan ibadah masyarakat Islam di negara ini....

Gambar tersebut turut memaparkan aksi mereka yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit dan yang paling menyedihkan ada yang sedang menghisap rokok....

Dimaklumkan sehingga tiada sebarang aduan dan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian ini....

Tinjauan juga mendapati, ramai dikalangan penguna media sosial mengesa agar pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perlaku di dalam gambar tersebut.... Credit SuaraTV


SUMBER : http://mygossipdot.blogspot.com

Siapakah 10 Selebriti Tempatan Yang Nampak Sangat Manis Dan Jelita Apabila Bertudung ???

Sudah menjadi normal manusia sukakan sesuatu yang indah dan menjelang penghujung tahun 2014 ini, kami ingin kongsikan bersama anda antara wajah-wajah manis artis tanah air bertudung yang mampu menggetarkan tulang rusuk kiri kaum Adam... Apa kata anda wahai abang-abang kacak di luar sana????


1 : Lisa Surihani memang comel berhijab, bukan?



2 : Setelah bergelar ibu, Wawa Zainal semakin terserlah keayuan beliau...



3 : Untung bakal suami Neelofa...


4 : Rasa tenang tengok wajah manis Fazura berhijab...


5. Manis sungguh senyuman Nora Danish...


6. Hanis Zalikha sering diusik peminat lelaki di Instagram...


7. Ibu kepada dua anak ini semakin hari semakin menawan...


8. Mizz Nina tampil lebih bergaya setelah berhijab...


9. Fara Fauzana bijak menjaga penampilan selepas berhijrah...


10. Sheila Amzah sentiasa ceria di laman sosial dan selalu melayan peminatnya...




SUMBER : http://plus.rotikaya.com

Gimik Yang Tidak Menjadi, Lamaran Hairul Azreen Terhadap Hanis Zalikha Jadi Bahan Kutukan Di Laman Sosial !!!


KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Hairul Azreen untuk memperlihatkan kepada ‘dunia’ cintanya terhadap Hanis Zalikha dengan melamarnya dalam  sebuah rancangan siaran langsung mengundang padah apabila mereka dikutuk oleh peminat....

Pengguna laman sosial memberi reaksi negatif sebaik sahaja Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 27, melakukan gimik di pentas final Gegar Vaganza pada malam Ahad dengan meluahkan hasrat melamar kekasihnya itu....

Pengguna laman sosial turut berpendapat gimik berkenaan ‘tidak kena pada tempat’ selain agak keterlaluan dan memalukan....

Pada malam konsert tersebut, Hairul muncul di pentas menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bru-no Mars....


Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksibreakdance sebelum pengacara program itu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis naik ke pentas sebelum lamaran dibuat....

Bagaimanapun sejurus selepas konsert itu berlangsung, Hairul dan Hanis atau nana sebenarnya Hanis Zalikha Zainal, 25, muncul memberi penjelasan berhubung gimik berkenaan....

Dalam sidang media yang berakhir kira-kira pukul 1.45 pagi Selasa itu, Hariul menafikan tujuan lamaran itu untuk meraih tumpuan umum....

Katanya, lamaran tersebut dibuat dengan niat ikhlas untuk memberitahu kepada umum bahawa dia serius menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu....


"Sebelum ini apabila wartawan tanya, saya jawab Hanis adalah kawan baik saya dan apabila sampai masanya saya akan memberitahu secara umum (mengenai hubungan sebenar mereka)...

"Jadi saya kotakan janji itu menerusi kejutan lamaran ini bahawa kami sedang menjalinkan hubungan," katanya...

Tambahnya, idea membuat kejutan lamaran dipersetujui bersamanya dengan pihak Astro selepas dia meberitahu hasrat hati untuk melamar Hanis....

Akhrinya pihak Astro membuat keputusan melakukan gimik lamaran berkenaan tanpa pengetahuan Hanis  sehinggalah apabila acara berkenaan berlangsung....

"Sebenarnya lamaran ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Benda ini semua kebetulan, apabila berborak dengan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli, dia tanya 'bila nak kahwin?'....

"Saya pun cakaplah memang dalam perancangan dan dia bertanya nak tak buat lamaran secara langsung di sebuah program?”....


"Mula-mula risau la juga, apa orang ramai kata pula, tetapi daripada sudut lain pula saya lihat ia satu peluang untuk memberitahu Hanis betapa seriusnya saya mahu bersama dia.

"Tambahan pula dia pernah menunjukkan video-video lamaran di YouTube, dan menganggap ia sesuatu  yang sangat romantis. Maka saya pun ingin berbuat demikian untuk menggembirakannya juga," ujar Hairul.

Dalam pada itu Hairul berkata dia sudah bersedia untuk menerima kritikan dariapda orang ramai sekiranya mereka tidak gemar dengan tindakannya melamar Hanis dalam pentas akhir Gegar Vaganza itu.

Tambahnya, selepas sesi lamaran itu, satu majlis bertunang akan diadakan pada tahun ini bagi membincangkan fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

Sementyara itu Raqim berkata pihaknya tidak menganggap kejutan lamaran tersebut adalah satu kesilapan sebaliknya ia adalah satu elemen kejutan yang menjadi kekuatan dalams setiap program-program terbitan Astro....

"Walaupun terdapat pelbagai komen-komen yang diberi oleh penonton, tetapi saya berasa gimik lamaran Hairul adalah sesuai....

"Saya tak rasa gimik itu satu kesilapan sehingga mengganggu program tersebut tetapi ia satu percubaan baru yang dilihat lebih eksklusif," katanya....

Raqim menambah, pihaknya terbuka dalam menerima segala pandangan dan pendapat orang ramai terhadap isu berkenaan dan bersedia memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.

Dalam konsert final Gegar Vaganza pada malam Ahad, penyanyi Ayai (Ilusi) diumumkan sebagai juara pertandingan itu yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000. Ayai berjaya menewaskan lima peserta lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist....

Keputusan pemenang adalah berdasarkan kepada seratus peratuan daripada juri professional....

Gegar Vaganza akhir disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini....



SUMBER : http://ohgasak.blogspot.com

NORDIANA Sedih Kerana Di Hina Di Pusat Penempatan Banjir !!!


Seorang mangsa banjir di Pantai Timur, Nordiana Mohamed Husin dibelenggu dengan perasaan sedih dan kecewa apabila melihat begitu banyak barangan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir...

Hatinya menangis kerana setiap kali membuka mulut meminta sedikit sebagai pengalas perut, dia dan suaminya, Abdullah Hassan tidak akan dilayan sebagaimana mangsa banjir lain....

Lebih menyedihkan lagi, Nordiana disifatkan sebagai mangsa banjir dari kawasan lain dan bukan kariah Kampung Keladan, Mentakab, Pahang yang hilang kelayakannya untuk menerima bantuan makanan sebagaimana mangsa banjir lain.

“Memang kami bukan dari kampung tersebut tetapi dari kampung Raja. Namun kami sekeluarga juga mangsa banjir dan saya mendaftar nama di pusat penempatan Kampung Keladan kerana itu yang paling hampir....

“Apakah kami bukan mangsa banjir walaupun dari kampung berlainan? Saya dan suami serta dua anak kami tidak akan meminta sesuap nasi jika perut tidak terasa lapar. Biarpun kami sekeluarga orang miskin tapi kami bukanlah pengemis untuk mendapatkan ihsan orang lain....

“Dua hari kami tinggal di pusat penempatan tersebut kerana tiada pilihan....

Disebabkan tekanan dan layanan yang diterima begitu menyedihkan, kami akhirnya keluar dan tinggal menumpang di rumah saudara mara yang tidak ditimpa musibah banjir,” katanya....

Semalam, dia sekeluarga pulang ke rumahnya yang masih dikelilingi air hingga paras lutut orang dewasa. Tanpa menghiraukan bahaya, rumah yang disewa daripada Masjid Kampung Raja itu dibersihkan setakat mana yang termampu....

“Saya dan suami dah tak kisah sama ada akan terima bantuan atau tidak daripada mana-mana pihak. Kalau nak bagi kami terimalah, tetapi kalau tidak, kami tidak akan meminta-minta....

“Bukan sebab kami tidak menghargai pemberian orang tetapi kami kecewa dengan sikap pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap mangsa banjir....

“Mungkin hanya saya dan keluarga sahaja yang melalui masalah seperti ini tetapi secara jujurnya, saya tidak mahu mengharapkan apa-apa lagi selepas kami melalui saat-saat hina di pusat penempatan banjir. Cukuplah dengan apa yang telah kami lalui,” tambahnya lagi....



SUMBER : http://katakcomel.my

TIPS Dan PETUA Mengawal Diri Ketika Dalam Keadaan Marah !!!


Marah adalah emosi yang bersifat negatif. Marah boleh menjadi ganas dan tidak terkawal....

Perasaan marah bermula kerana gagalnya mengawal emosi. Jadi mari sini saya kongsikan tip Bagaimana Mengawal Diri Ketika Marah...

Rujukan dari buku Membina Hati Bahagia ( Dr Tuah Iskandar al-Haj )

1. Ingat ALLAH

Ingatlah ALLAH selalu. ALLAH tidak suka kepada pemarah.Sebagai hamba kita tidak patut berasa marah apatah lagi memarahi orang tanpa sebab. Siapa kita untuk memarahi orang lain sedangkan kita banyak kekurangan....

2. Sirami Rasa Marah Dengan Wuduk

Perasaan marah datangnya dari Syaitan.Syaitan diciptakan dari api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air.Jadi ambillah wuduk supaya api syaitan dapat dipadam. Haj )

3. Lihat Wajah Di Cermin

Alangkah buruknya wajah ketika marah.Lihat lah muka, hidung kembang kempis, mata menyala gitu. Apakah anda rasa orang akan takut melihat keadaan anda begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu?

4. Kunci Bibir dan Diam Dahulu

Kalau terasa hendak marah, dia sejenak. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa...

5. Ubah Kedudukan Anda

Jika marah ketika sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk maka baringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain yang lapang dan tengok keindahan alam....

Sumber : http://eberita.org

Inilah Dia Suami Dan Madu Zarina Zainuddin Yang Telah Disembunyikan Selama 21 Tahun Yang Lalu !!!



Dramatis terkenal, Zarina Zainuddin akhirnya telah mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar dalam kalangan para peminat selama ini...

Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat pada hujung minggu lepas di kediamannya di Subang Jaya kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya dan madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor....

“Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini....

“Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat,” katanya....

Pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk memperkenalkan suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang....

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai...







KLIK UNTUK BACA : Percayakah Anda? Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri...???

SUMBER : katakcomel.my

Saturday, January 3, 2015

CELAKA !!! Pasangan Ini Membiarkan Anak Kecil Mati Kelaparan Dalam Kereta Ketika Meraka Sedang Asyik Makan Di Restoran !!!


Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran (2 Gambar) | Seorang bayi berumur 22 hari ditemui mati kelaparan di dalam sebuah kereta ketika ibu dan ayah tirinya sedang menikmati bufet di sebuah restoran, Florida, Amerika Syarikat.

Ibu tersebut, Ruby, 33, dan ayah tiri kepada bayi tersebut, Roy, 48 didakwa di atas tuduhan membunuh bayi berusia 22 hari tesebut...

Bayi tersebut, Betsey Kee Stephens hanya berat 1.8 kilogram ketika ditemui mati minggu lepas, kurang lebih dari sekilogram ketika dia dilahirkan....

"Pada pendapat saya, bayi tersebut terseksa semenjak dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia," kata Penolong Ketua Polis Mike Link....

Pegawai kesihatan mengisytiharkan Betsey maut 3 jam sebelum ibu dan ayah tirinya memanggil nombor kecemasan....



Pasangan tersebut memberitahu bahawa mereka meninggalkan bayi tersebut bersama dua beradiknya di dalam kereta ketika mereka pergi makan di Golden Corral, sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala bufet...

Mereka memanggil nombor kecemasan selepas mendapati kaki Betsey sejuk sekembalinya ke kereta, lapor mirror.co.uk....

Adik beradik Betsey, berumur satu dan dua tahun berkeadaan sihat dan sedang dijaga oleh pihak kebajikan....

"Kalau kamu tidak mahu anak tersebut, berikan anak tersebut kepada orang lain (untuk dijadikan anak angkat)," kata Mike....

"Kamu tak perlu biarkan dia mati kelaparan," tambahnya...



SUMBER : http://apahell.blogspot.com